Hai, sudah 11 hari saya tidak mengunjungi blog ini kerana sibuk dengan urusan belajar. Untuk kali ini, saya ada satu artikel bertajuk 'Langkah Keselamatan Ketika Mengisi Bahan Api Di Stesen Minyak' yang menarik perhatian saya ketika membaca surat khabar 'Berita Harian'. Tajuk ini mungkin sudah biasa dengan anda tetapi mungkin juga baru bagi anda, namun kesempatan ini saya ambil untuk berkongsi dengan anda semua mengenai apa yang saya baca. Saya menganggap ini sebagai peringatan kepada kita semua termasuk diri saya sendiri kerana kita sering mengabaikan dan ambil mudah perkara ini sehingga menyebabkan kejadian yang tidak dingini berlaku. Bak kata pepatah Melayu, 'malang tidak berbau'.
Berikut adalah langkah-langkah keselamatan ketika mengisi bahan api di stesen minyak :-
1. Sentiasa pastikan enjin dimatikan sebelum mengisi minyak.
2. Sentiasa berada di sisi kenderaan ketika mengisi minyak.
3. Jangan sekali-kali merokok, menyalakan mancis atau memasang pemetik api ketika mengisi minyak.
4. Telefon bimbit dan peranti elektronik lain berpotensi mencetuskan tenaga elektrik. Elakkan menggunakannya ketika mengisi minyak.
5. Apabila mengisi minyak ke dalam bekas mudah alih seperti botol, pastikan ia jenis yang menepati piawaian. Pastikan bekas diletak di atas lantai dan muncung pam berada dalam mulut bekas bagi mengelakkan tercetus tenaga elektrik statik.
6. Jika berlaku kebakaran sewaktu mengisi minyak, jangan cabut muncung pam dari kenderaan anda. Sebaliknya, jauhi kenderaan dan maklumkan kepada attendan pam minyak.
Diharap ini menjadi peringatan buat kita semua.

No comments:
Post a Comment