Powered By Blogger

Saturday, 2 January 2010

GULA NAIK 20 SEN MULAI 1 JAN 2010

Pada 31 Disember 2009, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung Malaysia, serta RM1.75 sekilogram di Sabah & Sarawak berkuat kuasa 1 Januari 2010. Saya merasakan ianya tidak wajar dilaksanakan kerana kenaikan ini tidak mendidik rakyat supaya mengurangkan pengambilan gula malah memberi peluang kepada para peniaga menaikkan harga makanan & minuman. Saya dapat bayangkan bahawa harga gula akan mencecah sekitar RM2.00 hingga RM2.50 menjelang tahun 2020. Pelbagai alasan diberikan setiap kali kenaikan dilakukan. Adakah alasan yang sama akan digunakan kelak untuk mendidik rakyat mengurangkan minyak dalam makanan. Kalau semua barang naik harga, apakah nasib rakyat nanti? Dulu kecoh mengenai kenaikan harga makanan rata-rata kenaikan harga minyak dunia.Kini, bila kerajaan mengurangkan harga petroleum, harga makanan yang dinaikan dulu tidaklah pula turun.

Sebagai seorang mahasiswa dan warganegara Malaysia, saya sangat kecewa dengan tindakan kerajaan memberi alasan yang tidak rasional mengenai kenaikan harga gula tempatan. Ini memberi gambaran bahawa tindakan kerajaan mengelirukan rakyat dan langkah ini tidak praktikal. Apakah impak yang bakal kita saksikan ekoran kenaikan harga gula? Harga segelas milo yang dulu kita boleh dapat RM1.30 mungkin akan menjadi RM1.50. Renung-renungkanlah!! Harga gula naik 20 sen, harga segelas air milo pun akan naik 20 sen. Tengoklah nanti???

Adakah tindakan kerajaan menaikkan harga gula akan merugikan peniaga-peniaga makanan?Oh, tidak. Para peniaga tentu akan tentu menaikan harga makanan selari dengan kenaikan harga gula agar mereka mendapat margin keuntungan yang sama atau lebih besar. Mana ada peniaga nak rugi? Apakah jaminan bahawa harga makanan akan terus kekal dan keberkesannya amat diragui?

Saranan peribadi saya :-

Kerajaan

1.Mengkaji alternatif lain bagi mengantikan gula dalam makanan & minuman.

2.Menarik balik keputusan menaikkan harga gula.

3.Memperhebatkan pendidikan kesihatan melalui kempen mengurangkan gula dalam makanan & minuman seperti pertandingan masakan, mengedarkan poster-poster kepada restoran & penjaja makanan.

4.Mengkaji kaedah terbaik pemberian subsidi yang adil & telus kepada rakyat. Jangan ingat nak naikkan harga makanan sahaja.

5.Pengabungan syarikat-syarikat pembekal gula dapat mengurangkan kos operasi lantaran mengurangkan harga runcit gula.

6.Memberi pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat makanan & minuman yang mengurangkan kandungan gula dalam produk mereka seperti minuman tin, makanan segera, kuih-muih & lain-lain.

7.Mengarahkan pegawai-pegawai yang terbabit membuat ‘spot-check’ dari masa ke semasa & bukannya bermusim atau menunggu keadaan menjadi parah.


Rakyat

1.Menggunakan madu lebah asli sebagai pengganti gula dalam minuman yang jauh lagi berkhasiat.

2.Mengawal & mengehadkan pengambilan gula dalam makanan & minuman seperti memasukkan gula dalam sambal nasi lemak, meminum minuman yang manis seperti cendol & ABC.

3.Melihat kandungan gula dalam makanan ketika membeli belah.

4.Membuat pemeriksaan kesihatan berkala.

No comments:

Post a Comment