Pada 28 Januari 2010, tarikh keramat menentukan pembentukan kerajaan baharu mahasiswa. Seawal jam 9 pagi, pusat pengundian akan di buka kepada mahasiswa bertempat di Kompleks Sukan Universiti untuk mereka menjalankan tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa. Pada tahun ini, persaingan bertambah sengit memandangkan seramai 39 orang calon layak bertanding bagi merebut 7 kerusi umum daripada 13 calon dan 14 kerusi fakulti daripada 26 calon. Ini bermakna calon perlu bekerja keras dan turun padang serta bermanifesto agar mereka mendapat tempat di hati setiap mahasiswa. Kempen manifesto menjadi gelanggang kepada setiap calon menengahkan isu dan agenda masing-masing. Proses pengundian di UMP adalah secara e-voting (undi dalam talian). Saya ada 2 rangkap pantun yang sesuai dengan suasana pilihanraya kampus UMP.
Calon MPP lantang bersuara,
Kerusi panas jadi rebutan,
Kerajaan mahasiswa suara kita,
'Speaker Corner' medan debatan.
'Speaker Corner' menjadi gelanggang,
Tempat calon menabur janji,
Harapan kami tinggi menggunung,
Semoga janji dapat dikotai.
No comments:
Post a Comment