Powered By Blogger

Wednesday, 27 January 2010

BAHANG PILIHANRAYA KAMPUS UMP

Pada 28 Januari 2010, tarikh keramat menentukan pembentukan kerajaan baharu mahasiswa. Seawal jam 9 pagi, pusat pengundian akan di buka kepada mahasiswa bertempat di Kompleks Sukan Universiti untuk mereka menjalankan tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa. Pada tahun ini, persaingan bertambah sengit memandangkan seramai 39 orang calon layak bertanding bagi merebut 7 kerusi umum daripada 13 calon dan 14 kerusi fakulti daripada 26 calon. Ini bermakna calon perlu bekerja keras dan turun padang serta bermanifesto agar mereka mendapat tempat di hati setiap mahasiswa. Kempen manifesto menjadi gelanggang kepada setiap calon menengahkan isu dan agenda masing-masing. Proses pengundian di UMP adalah secara e-voting (undi dalam talian). Saya ada 2 rangkap pantun yang sesuai dengan suasana pilihanraya kampus UMP.


Calon MPP lantang bersuara,


Kerusi panas jadi rebutan,


Kerajaan mahasiswa suara kita,


'Speaker Corner' medan debatan.


'Speaker Corner' menjadi gelanggang,


Tempat calon menabur janji,


Harapan kami tinggi menggunung,

Semoga janji dapat dikotai.


Untuk maklumat lanjut mengenai Pilihanraya Kampus (PRK), sila layari blog http://prkump0910.blogspot.com/. Ayuh, mahasiswa peduli!!!

Wednesday, 20 January 2010

TIP-TIP KEPADA PEMBELI RUMAH

BEBERAPA ASPEK PENTING BAGI PEMBELI RUMAH

Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan :

(a) Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa.

(b) Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa.

KENAL PASTI JENIS RUMAH

Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property) seperti banglo, rumah berkembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (Building intended for subdivision) seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan.

Pembeli adalah dinasihatkan mendapat brosur/risalah secara percuma daripada pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk nombor lesen, permit dan sebagainya.

STATUS TANAH

Pastikan status tanah sama ada :-

(a) Hak milik kekal - bermakna selama-lamanya kekal.

(b) Pajakan - pastikan baki pajakan tamat pada tarikh pembelian.

(c) Rezab Melayu

(d) Semakan mengenai status tanah ini boleh dibuat secara carian di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri.

LANGKAH KESELAMATAN KETIKA MENGISI BAHAN API DI STESEN MINYAK

Hai, sudah 11 hari saya tidak mengunjungi blog ini kerana sibuk dengan urusan belajar. Untuk kali ini, saya ada satu artikel bertajuk 'Langkah Keselamatan Ketika Mengisi Bahan Api Di Stesen Minyak' yang menarik perhatian saya ketika membaca surat khabar 'Berita Harian'. Tajuk ini mungkin sudah biasa dengan anda tetapi mungkin juga baru bagi anda, namun kesempatan ini saya ambil untuk berkongsi dengan anda semua mengenai apa yang saya baca. Saya menganggap ini sebagai peringatan kepada kita semua termasuk diri saya sendiri kerana kita sering mengabaikan dan ambil mudah perkara ini sehingga menyebabkan kejadian yang tidak dingini berlaku. Bak kata pepatah Melayu, 'malang tidak berbau'.

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan ketika mengisi bahan api di stesen minyak :-

1. Sentiasa pastikan enjin dimatikan sebelum mengisi minyak.

2. Sentiasa berada di sisi kenderaan ketika mengisi minyak.

3. Jangan sekali-kali merokok, menyalakan mancis atau memasang pemetik api ketika mengisi minyak.

4. Telefon bimbit dan peranti elektronik lain berpotensi mencetuskan tenaga elektrik. Elakkan menggunakannya ketika mengisi minyak.

5. Apabila mengisi minyak ke dalam bekas mudah alih seperti botol, pastikan ia jenis yang menepati piawaian. Pastikan bekas diletak di atas lantai dan muncung pam berada dalam mulut bekas bagi mengelakkan tercetus tenaga elektrik statik.

6. Jika berlaku kebakaran sewaktu mengisi minyak, jangan cabut muncung pam dari kenderaan anda. Sebaliknya, jauhi kenderaan dan maklumkan kepada attendan pam minyak.

Diharap ini menjadi peringatan buat kita semua.

Saturday, 9 January 2010

PETUA : PUTIHKAN KULIT DENGAN LULUR KOPI

Kulit yang terdedah pada cahaya matahari dan debu dapat membuat kulit tubuh kelihatan kusam dan tidak bermaya. Perawatan lulur dengan menggunakan serbuk kopi dipercayai dapat mengembalikan kecerahan kulit tubuh anda. Biji kopi yang telah dijadikan serbuk akan menghasilkan minyak antioksidan yang bersifat menghaluskan, membuat kulit menjadi cerah dan kelihatan lebih cerah.

Langkah-langkah :-
1. Tumbuk ½ kg biji kopi bali sehingga separuh halus.
2.Kemudian, tambahkan minyak zaitun dan tepung bengkuang secukupnya menjadi paste.
3. Kacau hingga rata. Usapkan lulur kopi ini pada seluruh tubuh anda sambil digosok-gosokan secara perlahan.
4. Biarkan anggaran selama 1 jam agar minyak yang terkandung pada kopi menyerap ke seluruh tubuh.
5. Setelah itu, bilas tubuh sampai bersih dengan menggunakan air yang telah dicampur sedikit garam.

Sumber : http://101petua.blogspot.com/

Thursday, 7 January 2010

PETUA NENEK MOYANG I : LIDAH BUAYA



Pengenalan

Sejak zaman dahulu lagi, manusia telah menyedari bahawa tumbuh-tumbuhan amat berguna dalam perubatan tradisional selain dijadikan sumber makanan harian. Hasil kajian para saintis menunjukkan penemuan ini dapat meningkatkan tahap kesihatan pengamalnya.

Malaysia merupakan salah satu negara yang kaya dengan tumbuhan yang mempunyai nilai ubatan. Adalah tidak menghairankan sekiranya kita teliti fakta bahawa lebih 70 % penduduk dunia terutamanya dunia ketiga masih bergantung secara keseluruhan atau sebahagian kepada tumbuhan sebagai sumber ubatan mereka . Tumbuhan berubat ini di temui oleh mereka sekitar kawasan kediaman mereka atau hutan-hutan yang berhampiran.

Antara tumbuhan yang mempunyai nilai yang tinggi ialah :-

- Lidah Buaya
- Pegaga
- Hempedu Bumi
- Misai Kucing
- Buah Mengkudu
- Pudina
- Sirih
- Daun Kari
- Jarum Tujuh Bilah
- Semambu
- Kayu Manis
- Cengkih

Asal Usul Aloe Vera

Nama Saintifik : ‘Aloe Vera Linn’
Famili : Liliaceae
Nama Tempatan : Lidah buaya

Lidah Buaya atau lebih dikenali ‘Aloe Vera’ dikenali juga dengan nama ‘Lily of the Desert’ dan ‘Plant of Immortality’. Nama ‘Aloe Vera’ berasal dari perkataan Arab (Alloeh) yang bermaksud pahit. Nama lain bagi ‘Aloe Vera’ ialah: Jadam (Melayu), ‘Crocodile Tounge’ (English), ‘Salvia’ (Sepanyol) dan ‘Lu Hui’ (Cina). ‘Aloe Vera’ mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. Ia telah digunakan sejak berabad lamanya bagi mengubati pelbagai penyakit dan dalam bidang kecantikan. Ia pernah digunakan oleh ratu Mesir yang terkenal iaitu Cleopatra bagi merawat kecantikannya.

Ada sebuah perkataan yang terkenal dari Julius Caesar,

“Biarkan wanita bicara, kamu akan belajar sesuatu darinya. Kamu harus melihat matanya saat ia bicara, niscaya kamu akan tersanjung dan melayang’’.

Lebih dari 300 spesis tersebar di seluruh dunia, tetapi hanya beberapa jenis sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan kecantikan. Antara tumbuhan ‘Aloe’ yang dijadikan herba untuk tujuan rawatan kecantikan adalah seperti ‘Aloe Perry’ yang banyak ditemui di kawasan utara Afrika dan ‘Aloe Ferox’ yang terdapat di Afrika Selatan. Ia merupakan tumbuhan yang tahan lasak kerana mampu hidup di Afrika yang kering dan tandus hinggalah ke daratan Asia yang beriklim tropika. Bukti sejarah juga menyebutkan bahawa bangsa Arab, Yunani, Romawi, India dan Cina telah menggunakan sebagai bahan ubat pelbagai penyakit.

Resepi
Bahan-bahannya : -
Sekeping jeli segar Aloe Vera
1 sudu teh gula tebu organik atau madu lebah
1 mug air bertapis
Cara-caranya :
1.Masukkan jeli, gula organik atau madu lebah dan sedikit air bertapis ke dalam mesin pengisar.
2. Kisarkan sehingga menjadi halus. Kemudian tuangkan ke dalam mug berisi air minuman bertapis.
3. Minum airnya. Lakukan 2-3 kali seminggu. Anda akan mendapat sistem pertahanan tubuh yang kuat.

*Airnya juga boleh disapukan pada muka sebelum tidur untuk mendapat kulit yang licin, halus dan berseri.

Cleopatra dan Aloe Vera

Ratu Cleopatra juga dikatakan menggunakan Aloe Vera untuk menghaluskan kulit dan mengilatkan rambutnya sehingga berjaya menundukkan Julius Caesar. Disebabkan kelebihannya Aloe Vera itu sendiri, ratu-ratu Mesir yang jelita seperti Cleopatra dan Nefertiti sudah memanfaatkan lidah buaya untuk merawat kecantikannya mereka.
Alexander Agung pernah berkata

“Percayalah pada Lidah Buaya’- kerana tanaman ini dapat digunakan untuk menyembuhkan berbagai jenis penyakit”.

Arab dan Yunani

Bagi bangsa Arab dan Yunani, naskah kuno 1522 SM yang ditemui di Thebes, Mesir menyebutkan, lidah buaya digunakan sebagai penyembuh bekas luka, kemerahan pada kulit. Selain itu dalam buku De Materia Medica karya Deocorides seorang Yunani pada tahun 74 M, menyebutkan, lidah buaya mempunyai kesan yang purgative iaitu memiliki kesan pencahar yang sangat sesuai untuk wanita-wanita yang sedang berdiet atau ingin kurus dan digunakn sebagai penyembuh luka. . Kebanyakan tamadun purba terutama orang-orang Yahudi kuno dan orang-orang Mesir mempercayai bahawa jus daripada pokok Aloe Vera adalah ubat yang sangat berharga dan suci. Disebabkan Aloe Vera digunakan untuk merawat kecantikan ratu-ratu Mesir, tumbuhan ini dianggap tumbuhan yang berharga dan mahal kerana ia hanya digunakan dikalangan ratu-ratu dan kaum kerabat diraja, dan orang biasa dilarang untuk mengambil dan menggunakannya tanpa izin pembesar.

Pada zaman Cleopatra, hampir 70% ramuan produk kosmetik mengandung gel lidah buaya. Aloe Vera sangat istimewa untuk kulit, ini kerana kandungan lignin mampu menembus dan meresap lebih cepat ke dalam kulit. Ia juga mampu mengawal kehilangan air dari badan dan mengelakan kulit dari cepat kering dan terjaga kelembapannya.

Sifat Aloe Vera yang berbuih memudahkan ia menjadi bahan dalam penyediaan kosmetik. Hal ini terbukti dengan penemuan aloe vera dalam penyediaan bahan kosmetik sperti krim cukur, lotion, pelembab kulit, pembersih muka, penyegar, anti-deodoran, syampu, perapi rambut dan sebagainya.

Masyarakat India

Bagi bangsa India pula, Aloe Vera merupakan tumbuhan yang amat digemari oleh pengamal perubatan Ayurvedik, ia merupakan salah satu tumbuhan herba yang mampu memberi nilai perubatan yang besar. Kebanyakan pengamal perubatan mengunakan Aloe Vera untuk menyuburkan rambut serta menyejukkan kepala. Penggunaan Aloe Vera mampu menghilangkan tekanan dikepala, mengelakkan keguguran rambut serta mengilatkan dan menyuburkan rambut. Masyarakat India amat mementingkan bahagian rambut dan kepala merupakan kepala, maka tidak hairanlah mereka menggemari Aloe Vera kerana memberi banyak faedah perubatan untuk bahagian kepala.

Masyarakat Cina

Manakala bagi bangsa Cina pula, Aloe Vera telah lama digunakan sejak awal Dinasti Cina lagi. Mereka memanggilnya sebagai “medicine plant” atau pokok ubat. Ia dikenali sabagai makanan kesihatan yang cukup popular dikalangan bangsa Cina selain sarang burung dan cendawan. Ini kerana bagi mereka, ia dapat menyeimbangkan unsur Ying dan Yang dalam tubuh seseorang.

Kebanyakan bangsa Cina mencampurkan Aloe vera dalam minuman teh herba mereka. Bagi mereka Aloe Vera dapat membersihkan bahagian perut dan saluran pencernaan bagi mengelakkan beberapa penyakit seperti gastrik dan ulser. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan. Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman). Disamping itu, wanita Cina amat mengemari Aloe Vera kerana ia mampu menaikan seri muka agar nampak lebih halus dan licin disamping dapat mempercepatkan penyembuhan jerawat serta parut jerawat.

Masyarakat Melayu

Bagi masyarakat Melayu, Aloe vera digunakan secara meluas sejak awal perkembangan tamadun Melayu lagi. Tidak dapat dinafikan tumbuhan herba sangat sinonim dengan masyarakat Melayu disebabkan mereka dikelilingi oleh hutan tropika yang berusia ribuan tahun yang mengandungi pelbagai tumbuhan yang bernilai tinggi.
Namun begitu, Aloe vera juga merupakan salah satu tumbuhan yang cukup dikenali oleh masyarakat Melayu. Ia banyak digunakan secara tardisional untuk melegakan luka-luka kecil dan kesan ruam. Disamping mempercepatkan pengeringan, ia juga mengandungi antibiotik yang mampu merangsang sel kulit yang baru dan mengelakkan jangkitan bakteria dalam luka tersebut. Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis dan ia juga mampu mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.

Kegunaan Lidah BuayaTerdapat pelbagai kegunaan Aloe Vera, antara yang dikenal pasti ialah untuk menyembuhkan penyakit kencing manis, batuk, trakhoma, sembelit, tuberkulosa, ambeien, cacingan, asma, kencing nanah dan sebagainya. Malahan, dalam catatan sejarah Mesir menunjukan Alexander Agung juga sering membawa bekalan lidah buaya dalam setiap peperangan. Fungsinya adalah untuk para prajuritnya yang terkena luka. Catatan sejarah Islam juga menunjukan panglima Iskandar Zulkarnain juga menggunakan Aloe Vera untuk tujuan yang sama.

Dari segi kecantikan, gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka, ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat dan masalah kerengsaan kulit. Aloe Vera juga mampu menghaluskan kulit muka jika digunakan secara berterusan dan mengelakan daripada sinaran UV Yang boleh mengelapkan kulit wajah.
Orang Eropah dan Amerika sering menggunakan Aloe Vera apabila berjemur ditepi pantai semasa musim panas bagi mengelakkan kerosakan kulit akibat cahaya matahari.

Orang-orang asli Amerika memanggilnya “miracle plant that heals itself” iaitu pokok ajaib yang boleh menyembuhkan dengan sendiri. Maka, kajian saintifik pertama yang dilakukan oleh pengkaji Botani Amerika pada tahun 1935 di dalam jurnal perubatan menunjukan Aloe Vera berjaya digunakan untuk mengubati kesan radang kulit akibat cahaya x-ray. Berbagai jenis kajian yang melibatkan usaha mengubati kesan terbakar menunjukkan aloe vera akan membantu proses penyembuhan kesan terbakar di kulit 30% lebih pantas dan efektif daripada bahan lain. Semenjak itu, Aloe Vera telah dijadikan bahan asas utama dalam pembuatan produk penjagaan kulit di Eropah dan Amerika Syarikat. Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan. Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.

Malah sejajar dengan perkembangan dunia perubatan, telah banyak penelitian dilakukan terhadap lidah buaya dan hasilnya menunjukkan bahwa lidah buaya dapat digunakan untuk menyembuhkan penyakit kulit hingga penyakit berat seperti kanser dan AIDS. Aloe Vera juga dapat menyembuhkan luka dan kecederaan. Ini kerana ia bersifat anti-bakteria dan anti-kulat serta bertindak sebagai anti-biotik untuk membunuh kuman pada luka, mengelakkan dari jangkitan dan pembiakan kuman.Kita masih ketinggalan zaman kalau menganggap lidah buaya hanya sebagai bahan penyubur rambut dan kecantikan kulit muka sahaja. Ini kerana, hasil kajian terkini menunjukkan bahwa lidah buaya boleh dijadikan minuman atau makanan dan sebagai makanan pengawal gula dalam darah bagi pesakit Diabetis Melitus. Hasil kajian lain menunjukkan bahwa lidah buaya dapat meredakan serangan sesak nafas. Caranya cukup dengan meminum jus lidah buaya. Terapi ini akan membantu meringankan penderitaan pesakit asma yang tidak bergantung pada ubat

Kebaikan Lidah Buaya

Menghentikan pertumbuhan tumor
Merendahkan kadar kolesterol
Memperbaiki sel darah
Menambah oksigen di dalam darah
Menghalang penyakit batu karang dan kesan kafein dari kopi dan the
Memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan
Menyembuhkan penyakit ulser, sistem penghadaman
Mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simtom
Menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
Mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar
Merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut
Menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai bandage kerana ia bersifat anti-bakteria
Menghentikan kanser kolon
Sebagai pelincir salur perkumuhan
Menghilangkan buasir
Meneutralkan gula di dalam darah
Memelihara buah pinggang dari penyakit
Menghalang jangkitan
Memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga
Memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak
Menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)

Kegunaan / Kaedah Penggunaan

Daun tumbuhan ini digunakan secara meluas hampir dalam semua rawatan . Jus daunnya boleh diminum bagi merawat sakit perut dan juga sebagai julap yang amat berkesan. Meminum jus lidah buaya juga amat sesuai dan berkesan bagi menghapuskan cacing pita, batuk, demam kuning, pedih pada hati dan juga sebagai tonik.

Daun tumbuhan ini yang bersifat penyejuk sangat sesuai digunakan bagi merawat kulit yang melecur akibat terkena api atau benda panas, luka-luka, sakit kulit seperti kusta dan lain-lain. Disamping itu daun lidah buaya boleh digunakan bagi mengurangkan keguguran rambut dan menghapuskan kelimumur.

Anti Penuaan Kehadiran polisakarida dan monosakarida di dalam Lidah Buaya akan melindungi kulit daripada penuaan dan membantu kulit agar sentiasa muda. Pendedahan kepada sinaran matahari dan proses penuaan normal mengurangkan penghasilan protein sokongan kulit yang dipanggil kolagen. Minuman herba Lidah Buaya boleh menggalakkan penghasilan kolagen melalui peningkatan kegiatan penggabungan sel. ia juga menggalakkan ebih banyak penghasilan elastin fibroblas yang mana boleh mengelak penuaan. Proses itu membantu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu, agen anti oksidan seperti beta karoten, vitamin C, E , B12 serta selenium bertindak apabila sel merekah dan berfungsi sebagai anti penuaan kulit yang dipanggil kolagen. Minuman herba Lidah Buaya boleh menggalakkan penghasilan kolagen melalui peningkatan kegiatan peng-gabungan sel. ia juga menggalakkan lebih banyak penghasilan elastin fibroblas yang mana boleh mengelak penuaan. Proses itu membantu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu, agen anti oksidan seperti betakaroten, vitamin C, E , B12 serta selenium bertindak apabila sel merekah dan berfungsi sebagai anti penuaan.Dalam perawatan ayurveda misalannya, lidah buaya dikenali sebagai ‘Kumari’ atau ‘gadis’ kerana ia percayai dapat mengembalikan tenaga dan turut digunakan untuk tujuan awet muda. Kajian klinikal manusia yang dilakukan oleh The Korean Food and Drug administration (FDa) dengan minuman Lidah Buaya menunjukkan penurunan yang ketara ke atas kedutan wajah dan meningkatkan elastisiti kulit wajah.

Penyembuh Luka & Penghilang Parut Lidah Buaya tidak bertoksik dan banyak digunakan dalam kaedah perubatan tradisional di China, Jepun, dan India. Walaupun ia dikatakan amat baik untuk menyembuhkan luka dan menghilangkan parut, terdapat bebe-rapa kajian lain yang menunjukkan sebaliknya. Selain berupaya menyembuhkan luka, Lidah Buaya dikaitkan dengan khasiatnya yang mampu meredakan kandungan gula dalam darah serta mampu meredakan kanser-kanser tertentu. Malangnya, suntikan ekstrak Lidah Buaya yang diberikan kepada beberapa pesakit kanser didapati tidak berkesan. Walaupun begitu, keberkesanan Lidah Buaya dalam bidang rawatan kecantikan tidak boleh dinafikan. Ekstrak Lidah Buaya mempunyai enzim yang akan menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit kulit. Kajian di Afrika Selatan menunjukkan pengambilan dalaman khasiat Lidah Buaya sebenarnya mempunyai lebih banyak manfaat. Dikatakan polisakarida yang terkandung di dalam daun lidah buaya memberikan kesan biologikal termasuk penyembuhan luka, aktiviti anti kulat, kesananti diabetik dan kesan anti keradangan.Kandungan aloectin B dalam Lidah Buaya menstimulasi sistem imun dan membuatkan ia menjadi bahan terbaik untuk menyembuhkan luka terbakar.
Selain itu, sejenis bahan lain dalam Lidah Buaya iaitu szponin juga memiliki kemampuan sebagai pembersih dan anti septik yang menjadikan gelnya sangat efektif untuk mengubati luka terbakar. Bahan selulosa dalam gel Lidah Buaya mampu menembus dan meresap ke dalam kulit dan menghalang cairan tubuh pada wajah yang mengakibatkan berlakunya kulit kering.
Masyarakat Arab menggunakan Lidah Buaya bagi menyembuhkan bekas luka. Luka yang telah kering akan disapukan dengan Lidah Buaya agar ia tidak menjadi parut atau menjadi lebih teruk. Kandungan lignin dalam Lidah Buaya mampu tembus dan meresap ke dalam kulit membuatkan ia baik untuk mengubati luka. Tumbuhan ini juga mengelakkan kulit daripada menjadi kering kerana ia mampu mengawal kehilangan airdari dalam tubuh. Pemakaian lidah buaya pada kulit secara berterusan juga akan menjadikan kulit sentiasa lembap dan lembut.
Bagi masyarakat Melayu pula, mereka percaya apabila menyapukan lendir lidah buaya pada bahagian yang tercedera, luka lebih mudah sembuh. Petua orang Melayu dahulu kala pula, lendir lidah buaya akan disapukan pada bulu mata untuk melentikkannya. Selain masalah ruam, kulit yang dijangkiti kulat juga boleh dikurangkan dengan meletakkan lendir lidah buaya pada bahagian bermasalah. Lidah buaya mengandungi anti biotik yang mampu merangsang pertumbuhan sel kulit baru dan mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian yang tercedera.
Lain pula dengan masyarakat China, mereka mengamalkan lidah buaya dengan menyapu lendirnya pada seluruh wajah bagi menaikkan seri muka serta mempercepatkan penyembuhan jerawat. Masyarakat Cina juga banyak menggunakan Lidah Buaya dalam perubatan tradisional mereka. Lidah Buaya digunakan oleh mereka untuk mengatasi masalah cacing.

Sumber :
http://www.ehoza.com/v4/forum/panduan-kesihatan/38009-cantik-dalaman-luaran-selusuri-keajaiban-lidah-buaya.html
http://ecah786.wordpress.com/2008/04/07/aloe-vera-rahsia-kecantikan-cleopatra/corticosteroid.
http://thesecretmedicines.blogspot.com/2008/10/khasiat-lidah-buaya-herba-terbaik.html



Wednesday, 6 January 2010

BODY MASS INDEX (BMI)

Body Mass Index (BMI), or Quetelet index, is a statistical measurement which compares a person's weight and height. Though it does not actually measure the percentage of body fat, it is used to estimate a healthy body weight based on how tall a person is. Due to its ease of measurement and calculation, it is the most widely used diagnostic tool to identify weight problems within a population, usually whether individuals are underweight, overweight or obese. It was invented between 1830 and 1850 by the Belgian polymath, Adolphe Quetelet during the course of developing "social physics".

Body Mass Index is defined as the individual's body weight divided by the square of his or her height. The formula universally used in medicine produce a unit of measure of kg/m2. BMI can also be determined using a BMI chart, which displays BMI as a function of weight (horizontal axis) and height (vertical axis) using contour lines for different values of BMI or colours for different BMI categories.

BMI Category Range (kg/m2)
Emaciation - less than 14.9
Underweight - from 15 to 18.4
Normal - from 18.5 to 22.9
Overweight - from 23 to 27.5
Obese - from 27.6 to 40
Morbidly Obese - greater than 40

BMI Table , go to : http://www.nhlbi.nih.gov/guidelines/obesity/bmi_tbl.pdf

Source :
1. http://www.nhlbisupport.com/bmi/
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Body_mass_index

Tuesday, 5 January 2010

PAK ALI BUKAN TAMAK

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak". Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".